Kejohanan PUBG Mobile Pro League SEA Championship 2022 akhirnya selesai selepas tiga hari kejohanan yang memperlihatkan pasukan D’Xavier dari Vietnam menjuarai keseluruhan kejohanan selepas mendapat skor 201, mereka membawa pulang hadiah tunai $31,500.

D’Xavier merupakan salah satu pasukan yang mewakili Vietnam di temasya Sukan SEA di mana mereka mendapat perak, di belakang pasukan Indonesia yang terdiri daripada pemain daripada pasukan-pasukan berbeza.

Di tempat kedua dan ketiga adalah Vampire Esports dari Thailand dan RRQ RYU dari Indonesia yang masing-masing membawa pulang hadiah tunai $20 ribu dan $16,500.

Bagi empat pasukan dari Malaysia pula, hanya Team Secret berada di kedudukan 10 terbaik selepas mendapat tempat ke-9, pasukan lain iaitu Farang Lejund berada di tempat ke-11, Yoodo Alliance x 4Rivals di tempat ke-13 dan Dingoz Esports di tempat ke-16.

Sumber Gambar: FB Dingoz Xavier

Sohor Kini