Hari pertama untuk Mobile Legends: Bang Bang SEA Cup (MSC) 2022 telah berlangsung hari ini, ia memperlihatkan perlawanan untuk kumpulan A dan kumpulan B.

Salah satu wakil Malaysia iaitu Todak berada di kumpulan A dan berjaya layak ke peringkat seterusnya apabila seri dengan dua pasukan lain iaitu Falcon Esports dan ONIC Esports.

Falcon Esports berjaya mendapat tempat pertama untuk kumpulan A apabila menewaskan ONIC Esports di perlawanan mereka.

Manakala bagi kumpulan B, dua pasukan RSG iaitu RSG Filipina dan RSG Singapura berjaya mendapat tempat pertama dan tempat kedua untuk ke pusingan seterusnya.

Bagi hari kedua pada 12 Jun 2022, 6 pasukan di dalam Kumpulan C dan Kumpulan D akan bertempur, satu lagi wakil Malaysia iaitu Orange Esports berada di Kumpulan D bersama dengan EVOS SG dan Impunity KH.

MSC 2022 dianjurkan di Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC).

Sumber Gambar: FB Todak MLBB

Sohor Kini