PUBG Mobile Pro League diteruskan lagi untuk hari kedua dengan 6 lagi pusingan dipertandingkan, termasuk juga satu pusingan ‘persahabatan’ untuk memperlihatkan peta Livik yang telah di beri nafas baharu, pencipta kandungan tempatan iaitu Soloz dan Daddy Hood yang juga hos bagi kejohanan ini juga terlibat dengan perlawanan ini bersama dengan pasukan-pasukan PMPL.

Manakala untuk hari kedua, D’Xavier terus berada di tempat pertama dengan skor 133, akan tetapi boleh dikatakan prestasi yang mengecewakan untuk hari kedua dengan tidak langsung mendapat chicken dinner.

Manakala Eagle Esports yang berada di tempat ketiga sebelum ini, telah naik satu tangga dengan skor 110, walaupun tidak mendapat chicken dinner tetapi mereka bermain dengan baik untuk mendapat kedudukan lima terbaik di 5 pusingan daripada 6.

RRQ RYU yang berada di tempat kedua pada hari pertama, jatuh ke tempat keenam selepas prestasi yang kurang memuaskan. Tempat ketiga diambil oleh Vampire Esports yang berkongsi mata dengan Eagle Esports.

Bagi pasukan Malaysia pula, tiga daripada empat pasukan iaitu Yoodo Alliance x 4Rivals, Team Secret dan Dingoz Esports gagal mempertingkatkan prestasi dengan mereka berada di kedudukan 13, 14 dan 15. Namun, berbeza dengan Farang Lejund yang pada hari pertama berada di tempat terakhir, tetapi berjaya memperoleh dua chicken dinner untuk berada di tempat ke-7.

Kejohanan ini akan diteruskan lagi untuk hari ketiga pada 12 Jun 2022, di mana 6 pusingan terakhir akan menentukan siapa yang memenangi hadiah terkumpul $150 ribu.

Sumber Gambar: FB Farang Lejund

Sohor Kini