The Old Guard adalah filem asli Netflix yang cukup menarik. Ia adalah filem dengan konsep askar upahan yang tidak boleh mati. Filem ini mempunyai aksi yang mantap, kualiti yang baik serta jalan cerita yang memuaskan. Filem ini dibintangi oleh Charlize Theron dan selepas kejayaan filem ini, sekuel diumumkan yang akan diarahkan oleh Victoria Mahoney.

Deadline melaporkan yang filem sekuel The Old Guard ini turut akan dibintangi oleh Uma Thurman (Kill Bill) dan Henry Golding (Crazy Rich Asian). Watak mereka bersama dengan jalan cerita filem sekuel ini masih belum didedahkan lagi. Tetapi cukup menarik untuk melihat dua pelakon berbakat akan menyertai filem ini.

Sohor Kini