Spider-Man: No Way Home adalah filem Spider-Man yang cukup menarik. Ia mengembalikan banyak watak legasi seperti Sandman, Doc Ock, Green Goblin dan juga Spider-Man versi Tobey dan Andrew. Di Malaysia, filem ini turut disambut dengan baik dengan jumlah kutipan mencapai sekitar RM 66,523,059.
Tetapi kutipan ini masih tidak dapat menandingi filem Avengers: Endgame di Malaysia yang mencapai sekitar RM 92,984,295. Dengan No Way Home adalah kerjasama Sony dan Disney, pendapatan akan dibahagikan. Ini mungkin tidak memuaskan hati pihak Sony, kerana mereka akan menayangkan semula Spider-Man: No Way Home di pawagam.
Ia akan ditayangkan dengan judul baharu iaitu Spider-Man: No Way Home – The More Fun Stuff Version. Tayangan ini juga adalah untuk menyambut ulang tahun ke-60 watak Spider-Man dalam komik dan ulang tahun ke-20 untuk francais filem.
Filem ini dikatakan mempunyai adegan tambahan yang dipotong daripada versi asal, serta ia adalah versi potongan khusus untuk para peminat. Filem ini akan ditayangkan di Amerika Syarikat dan Kanada pada 2 September tahun ini, sementara tarikh tayangan untuk negara lain akan diumumkan nanti.