Acara pembukaan dan juga pertempuran 6 pusingan pertama untuk PUBG Mobile Pro League SEA Championship telah berlangsung dengan jayanya hari ini di Pavilion Bukit Jalil, yang telah memperlihatkan pasukan D’Xavier dari Vietnam mendahului dengan 91 markah.

Di dalam enam pusingan, mereka 2 kali mendapat chicken dinner dan 2 kali di tempat ketiga dengan membunuh 37 kali. Tempat kedua dan ketiga pula adalah pasukan RRQ RYU dari Indonesia dan Eagle Esports dari Vietnam.

Manakala empat pasukan Malaysia pula, Team Secret berada di tempat keenam dengan 48 markah, Dingoz Esports di tempat ke-13, Yoodo Alliance x 4Rivals di tempat ke-14 dan Farang Lejund di tempat ke-16.

Kejohanan ini akan diteruskan lagi esok dengan 6 lagi pusingan akan berlangsung dan 6 lagi akan berlangsung pada 12 Jun 2022 yang juga menjadi penutup kejohanan.

Sumber Gambar: FB Dingoz Xavier

Sohor Kini