Banyak studio dan pemilik IP akan menghasilkan barangan eksklusif tersendiri seperti pakaian, aksesori, mainan dan banyak lagi berdasarkan judul-judul filem/siri TV, watak-watak yang dipegang untuk menarik perhatian peminat dan menambah lagi sumber pendapatan.

Netflix baru-baru ini baru sahaja melancarkan Netflix.Shop di Malaysia untuk menjual barangan ekslusif seperti Stranger Things, Bridgerton, Ozark dan banyak lagi.

Terkini Disney pula akan membuka kedai atas talian barangan eksklusif mereka di Malaysia. shopDisney adalah kedai atas talian Disney yang popular di kalangan peminat Disney luar negara. Kedai ini menjual barangan seperti alat tulis, pakaian untuk orang dewasa, pakaian bayi, aksesori, mainan dan pelbagai lagi bertemakan IP-IP milik Disney.

Di Malaysia, kedai ini akan beroperasi pada 14 Jun akan datang. Antara yang akan ditawarkan adalah Disney X COACH, bekas kaca bulat dan pinggan mangkuk Pooh dan Mickey Mouse. Di laman web Asia seperti Jepun, barangan Coach dijual pada harga sekitar RM1339 – RM3619, manakala barangan lain boleh sahaja didapati pada harga berpuluh Ringgit ke ratusan Ringgit.

Layari shopdisney.asia/my bermula 14 Jun nanti untuk mula akses ke laman web versi Malaysia.

Sohor Kini