Pada tahun lepas, Firaxis Games telah mengumumkan permainan seterusnya oleh mereka iaitu Marvel’s Midnight Suns, iaitu permainan RPG strategi berdasarkan watak-watak Marvel. Sebelum ini ia diumumkan akan tiba pada bulan Mac 2022, tetapi telah tertunda.

Melalui treler baharu yang anda boleh ditonton di bawah mereka telah mengumumkan yang ia akan dikeluarkan pada 7 Oktober 2022 untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series, Switch dan PC.

Selain itu, mereka juga memperlihatkan watak Spider-man akan menyertai beberapa watak yang telah diumumkan sebelum ini iaitu Iron Man, Captain America, Captain Marvel, Doctor Strange, Blade, Nico Minoru, Magik, Robbie Reyes/Ghost Rider, dan Wolverine.

Treler juga memperlihatkan watak jahat utama iaitu Lilith yang telah merasuk beberapa adiwira seperti Venom, Sabertooth, Scarlet Witch, dan Hulk.

Sohor Kini