Pada bulan Mac lepas, Bandai Namco telah mengumumkan yang mereka akan hadir dengan permainan RPG terbaru berdasarkan siri manga dan anime popular iaitu One Piece Odyssey. Ketika Summer Game Fest, mereka telah berkongsi treler baharu yang memperlihatkan secara lanjut bentuk permainan.

Anda boleh tonton treler tersebut di bawah.

One Piece Odyssey adalah permainan yang menyertakan penceritaan baharu tetapi turut ditulis oleh Eiichiro Oda. Di dalamnya, kumpulan lanun bersama dengan Monkey D. Luffy telah ditelan oleh ribut besar di lautan dan membawa mereka ke satu tempat misteri.

Ia akan dikeluarkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox Series dan PC, buat masa ini masih tiada tarikh pelancaran dinyatakan tetapi akan tiba sekitar tahun 2022.

Sohor Kini