Jordan Peele iaitu pelawak yang terkenal dengan siri komedi Key-Peele, mempunyai bakal dalam menghasilkan kandungan yang seram negeri. Filem Us dan Get out adalah antara karya beliau dan filem olahan semula Candyman juga melibatkan beliau.

Nope adalah filem seram baharu daripada Jordan Peele. Tiada banyak maklumat yang didedahkan mengenai filem ini pada awal dia diperkenalkan, tetapi dengan treler terakhir – kita boleh lihat yang ada makhluk asing membunuh mengancam nyawa orang ramai.

Dalam treler, Otis Sr. lakonan Keith Haywood telah mati. Beliau adalah bapa kepada Otis Jr. dan Emereald Haywood lakonan Daniel Kaluuya dan Keke Palmer. Dengan kematian bapa mereka, tanggungjawab terhadap ladang kuda dan kuda rodeo berada dalam tangan mereka. Namun, Otis Jr. tahu yang kematian bapa beliau adalah satu pembunuhan dari makhluk misteri.

Dengan kerjasama bersama koboi Ricky Park lakonan Steven Yeun dan pasukan teknologi Angel lakonan Brandon Perea, mereka menjangkakan yang makhluk misteri ini adalah makhluk asing yang suka mengusik manusia.

Ricky dilihat berjaya menayangkan makhluk asing yang mungkin berjaya ditangkap kepada orang ramai yang membuatkan peperangan antara manusia dan makhluk ini bermula. Filem seram ini dilihat menggunakan tema yang lebih ringan dan berbeza dengan filem seram lain.

Nope akan ditayangkan pada 22 Julai 2022 nanti. Sama-sama kita nantikan.

Sohor Kini