Capcom sebelum ini telah mengesahkan yang Street Fighter 6 hanya akan dilancarkan pada tahun 2023, sebelum ini mereka sudah memperlihatkan beberapa watak baharu yang akan tiba seperti Jamie dan watak dikenali ramai seperti Ryu, Chun-Li, dan Luke.

Ketika Summe Game Fest, mereka telah memperlihatkan satu lagi watak popular iaitu Guile dan disahkan akan tiba di dalam permainan terbaru siri ini. Selain itu, mereka juga memperlihatkan bentuk permainan yang anda boleh tonton di bawah.

Capcom juga mengesahakn gerakan-gerakan yang akan digunakan oleh Guile, antaranya adalah Somersault Kick, Sonic Boom, Sonic Blade, Sonic Hurricane, Solid Puncer dan yang terbaru Crossfire Somersault.

Street Fighter 6 akan dikeluarkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox Series dan PC.

Sohor Kini