Dikemaskini: Deadline kini melaporkan yang Jake Schreier telah dipilih sebagai pengarah filem Thunderbolts untuk MCU. Jake adalah antara pengarah dalam siri TV ngeri Netflix, Brand New Cherry Flavor.


Thunderbolts adalah Suicide Squad versi Marvel. Ia adalah pasukan yang semua ahli adalah penjahat dan pasukan ini diasaskan oleh Thunderbolt Ross yang mana dalam dunia MCU dilakonkan oleh mendiang William Hurt.

Sejak kemunculan Valentina Allegra de Fontaine dalam filem Black Widow dan siri TV The Falcon and the Winter Soldier lakonan Julia Louis-Dreyfus yang merekrut Black Widow versi Yelena dan juga US Agent – sudah ada teori yang pasukan Thunderbolts mungkin akan diadaptasi dalam bentuk aksi nyata untuk MCU.

Laporan terkini daripada Deadline, yang kini sudah dipadam – menyatakan yang penulis filem Black Widow, Thor: Ragnarok, Agent Carter dan pelbagai Marvel One-Shot Eric Pearson sedang menulis skrip untuk projek MCU yang berkaitan dengan mengumpulkan penjahat dalam satu pasukan. Projek ini dipercayai adalah untuk adaptasi aksi nyata Thunderbolt.

Antara watak yang yang mungkin akan muncul dalam pasukan ini adalah Yelena Belova, Taskmaster, Baron Zemo iaitu ahli yang sama dalam komik, US Agent, Ghost dari filem Ant-Man and the Wasp, atau juga Abomination yang muncul dalam Shang-Chi and the Legend of the Ten Rings dan akan datang dalam She-Hulk.

Sohor Kini