Focus Entertainment dan Tindalos Interactive ketika Summer Game Fest telah mengumumkan permainan baharu berdasarkan Aliens iaitu Aliens: Dark Descent, ia adalah permainan strategi masa nyata ataupun RTS.

Anda boleh tonton treler pengumuman di bawah.

Ia adalah permainan solo yang pemain akan mengawal sekumpulan tentera melawan dengan makhluk asing termasuk juga Xenomorphs. Pemain boleh mempertingkatkan tahap untuk setiap ahli termasuk juga senjata.

Aliens: Dark Descent akan dikeluarkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series dan PC pada tahun 2023.

Sohor Kini