Krafton dan Striking Distance ketika Summer Game Fest telah berkongsi dua treler baharu untuk permainan aksi seram mereka iaitu The Callisto Protocol. Pertama adalah treler baharu bersempena dengan acara tersebut yang anda boleh tonton di bawah.

The Callisto Protocol sebelum ini diumumkan adalah permainan yang akan berlaku di dalam satu dunia yang sama dengan permainan battle royale oleh Krafton iaitu PUBG, akan tetapi kemudian diumumkan ia telah menjadi satu dunia tersendiri.

Selain itu, mereka juga telah memperlihatkan secara lanjut bentuk permainan untuknya yang jika tidak diberitahu judul bagi permainan ini, ramai yang akan mengatakan ia adalah permainan Dead Space yang baharu.

Ini bukanlah perkara yang tidak baik, Dead Space adalah satu IP yang sangat berpotensi tetapi sudah lama tidak menerima kandungan baharu, walaupun EA telah mengumumkan akan tiba dengan permainan olahan semula, tidak salah untuk menerima satu lagi permainan yang lebih kurang.

Tambahan pada itu, Striking Distance adalah studio yang diketuai oleh Glen Schofield iaitu pencipta bersama untuk siri Dead Space.

The Callisto Protocol akan dilancarkan pada 2 Disember 2022 untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series dan PC melalui Steam dan juga Epic Games Store.

Sohor Kini