Epic Games Store pada minggu ini telah menawarkan satu permainan percuma untuk tawaran mingguan mereka iaitu Maneater. Ia boleh ditebus bermula sekarang sehingga 16 Jun 2022. Ia juga menjadi permainan misteri terakhir dengan permainan yang ditawarkan pada minggu depan sudah diumumkan.
Maneater adalah permainan aksi yang menjadikan pemain sebagai seekor ikan jerung, pemain perlu mempertingkatkan tahap untuk melawan dengan nelayan yang telah membunuh anaknya. Ia dibangunkan oleh Tripwire Interactive dan sudah dikeluarkan sejak tahun 2020.
Epic Games Store: Maneater
Selepas tawaran ini berakhir, permainan seterusnya yang ditawarkan adalah Supraland bermula pada 16 Jun sehingga 23 Jun 2022. Jualan promosi Mega Sale juga masih berlangsung sehingga 16 Jun ini dan anda boleh dapatkan kupon 25% tanpa had.