Wau Animation hari ini telah berkongsi treler untuk musim 3 buat siri animasi mereka iaitu Ejen Ali, yang akan disiarkan di Disney+ Hotstar pada 25 Jun ini.

Anda boleh tonton treler tersebut di bawah.

Siri ini akan meneruskan penceritaan daripada dua musim sebelum ini yang dikeluarkan pada tahun 2016 dan 2017, dan juga filem iaitu Ejen Ali the Movie yang dikeluarkan pada tahun 2019.

Siri ini tampaknya akan memfokuskan pertandingan yang dilakukan di antara ejen-ejen MATA, termasuk juga dari luar negara, untuk mencari ejen yang terbaik.

Selain mendapat hak siaran untuk Ejen Ali Musim 3, Disney+ Hotstar juga akan mendapat hak untuk menyiarkan Ejen Ali the Movie 2 selepas ia tiba di pawagam.

Sohor Kini