Dua watak utama di dalam The Last of Us iaitu Joel dan Ellie telah dihidupkan dan disampaikan dengan baik oleh Troy Baker dan Ashley Johnson, namun bagi siri TV, ia akan di bawa oleh Pedro Pascal dan Bella Ramsey.

Ini tidak bermakna yang Troy Baker dan juga Ashley Johnson tidak akan terlibat langsung dengan siri tersebut, ketika acara pembukaan untuk Summer Game Fest, telah diumumkan yang kedua-dua mereka akan menerima watak di dalam siri tersebut, tetapi tidak dinyatakan sama ada ia adalah watak berdasarkan permainan ataupun watak baharu.

Selain daripada itu, Neil Druckmann, pengarah untuk kedua-dua permainan The Last of Us juga telah berkongsi satu gambar daripada siri tersebut, termasuk juga mengesahkan yang beliau akan mengerah satu episod seperti yang dilaporkan sebelum ini.

Di acara yang sama, Naughty Dog juga telah mengumumkan The Last of Us Part untuk PS5 akan tiba September ini. Versi PC juga diumumkan.

Sohor Kini