Kemaskini: Seperti yang dijangkakan, ketika Summer Game Fest Naughty Dog telah mengumumkan secara rasmi yang The Last of Us Part 1 untuk PlayStation 5 akan dilancarkan pada 2 September 2022. Mereka juga mengumumkan versi PC sedang dibangunkan dan akan tiba kemudian.

Anda boleh tonton treler untuknya di bawah.

Di pengumuman yang sama, Troy Baker dan Ashley Johnson juga telah disahkan akan mempunyai watak di dalam siri TV The Last of Us oleh HBO.

Artikel Asal; Pada tahun lepas, kami sudah melaporkan yang Naughty Dog sedang membangunkan The Last of Us Part I untuk PlayStation 5, namun ia tidak pernah disahkan oleh Naughty Dog ataupun PlayStation sendiri sehinggalah hari ini.

PlayStation Direct iaitu kedai dalam talian rasmi PlayStation telah menyenaraikan The Last of Part I untuk PS5 (dikongsi di Resetera) Ia juga memperlihatkan rekaan paparan depan bagi permainan tersebut dan tarikh pelancaran adalah 2 September 2022.

Melalui treler yang boleh ditonton di laman tersebut, ia juga mengesahkan yang versi PC sedang dibangunkan dan tidak akan dikeluarkan pada tarikh yang sama.

Ia masih tidak diumumkan secara rasmi lagi akan tetapi dengan Summer Game Fest akan berlangsung dalam beberapa jam, ia mungkin sepatutnya diumumkan ketika acara ini.

Sohor Kini