Xbox Hadir Dengan Twitter Rasmi Untuk Asia Tenggara

Pada bulan April tahun lepas, Laman Facebook Xbox Singapura telah menukar nama kepada Xbox SEA menandakan mereka akan memberi lebih sokongan untuk pasaran Asia Tenggara. Setahun kemudian, Xbox telah melancarkan secara rasmi PC Game Pass di beberapa negara Asia Tenggara termasuk juga Malaysia.

Hari ini, mereka telah melancarkan akaun Twitter pula secara rasmi iaitu Xbox SEA yang menjadi akaun Twitter untuk Xbox Asia Tengara. Ciapan pertama mereka adalah RT mengenai Xbox & Bethesda Games Showcase yang akan berlangsung pada 13 Jun ini.

Konsol Xbox buat masa ini masih lagi terhad di Singapura sahaja dan tidak dilancarkan secara rasmi di Malaysia, dengan pelancaran PC Game Pass, mereka mungkin akan memfokuskan kepada PC sahaja bagi pasaran ini, sekurang-kurangnya untuk buat masa terdekat ini.

Sohor Kini