Netflix Dilaporkan Berminat Untuk Membeli Roku

Siapa sini tahu Roku? Roku adalah jenama yang terkenal dengan pelbagai pemain media. Mereka juga mempunyai kotak set tersendiri, sistem operasi televisyen tersendiri, dongel TV dan juga platform penstriman tersendiri.

Roku juga adalah pemilik Quibi, iaitu platform penstriman video yang gagal. Quibi adalah platform yang fokus kepada kandungan asli sahaja dan aplikasi yang boleh memaparkan kandungan adaptif sama ada menegak atau mod landskap.

Business Insider melaporkan yang Netflix mungkin akan membeli Roku. Masih tidak jelas lagi kenapa Netflix inginkan Roku. Turut tiada kepastian sama ada laporan ini tepat atau tidak, tetapi laporan ini selari dengan Roku yang menutup hak menjual stok syarikat kepada pekerja.

Apa yang boleh kami katakan adalah, jika Netflix ingin memudahkan lagi lebih banyak kandungan asli – mereka mungkin membeli Roku kerana Roku Originals, iaitu kandungan asli Quibi atau kandungan asli sendiri Roku. Tetapi Roku juga pakar dengan pemain media dan kotak set. Adakah Netfix ingin hadir dengan dongel TV atau kotak set tersendiri untuk fokus kepada kandungan video dan permainan video?

Apa-apa pun, apa yang penting strategi Netflix seterusnya harus memberi impak yang baik untuk mendapatkan kembali pelanggan yang telah membatalkan langganan kerana kecewa dengan Netflix.

Sohor Kini