THQ Nordic minggu ini telah berkongsi treler baharu untuk permainan MX vs ATV Legends iaitu permainan terbaru bagi siri ini. Anda boleh tonton treler tersebut di bawah.

Permainan versi kali ini akan menyertakan satu kawasan dunia terbuka untuk pemain mengembara dan juga berlumba menggunakan motosikal, ATV dan UTV.

MX vs ATV Legends ini akan dikeluarkan pada 28 Jun untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series, dan PC, sesi pra-tempahan juga sudah dibuka.

Sohor Kini