Realme telah mengumumkan yang mereka akan membawa secara rasmi telefon pintar Realme GT Neo 3 ke pasaran Malaysia pada 15 Jun ini. Ia akan menjadi telefon pintar pertama yang menggunakan cip pemprosesan Mediatek Dimensity 8100.

Selain itu, ia menggunakan panel AMOLED bersaiz 6.7-inci dengan sokongan kadar segar semula sehingga 120Hz, resolusi yang digunakan adalah 1080 x 2412. Bagi kapasiti bateri pula ia menyertakan bateri bersaiz 5000 mAH dengan sokongan pengecasan pantas sehingga 80W.

Buat masa ini, maklumat lain seperti penawaran storan dan harga masih tidak diumumkan di mana ia akan dikongsikan pada 15 Jun ini melalui acara pelancaran mereka.

Sohor Kini