Laser League: World Arena Kini Menyokong Steam Workshop

CE-Asia dan 505 Games telah mengumumkan yang permainan dalam talian mereka Laser League: World Arena kini menyokong Steam Workshop yang membolehkan pemain untuk berkongsi ataupun memuat turun pelbagai mod yang boleh digunakan di dalam permainan ini.

Selain itu, mereka juga telah mengumumkan yang selepas kemaskini terbaru sesetengah pemain telah dihalang daripada mengakses beberapa mod termasuk juga bermain secara dalam talian jika tidak mendapatkan Upgrade Pack, perkara ini telah diselesaikan dan pemain boleh mendapatkan Welcome Pack secara percuma dan juga 1500 Platinum Coins sebagai pampasan.

Bagi pemain yang sudah membeli Upgrade Pack, mereka akan diberi 3500 Platinum Coins tambahan.

Laser League: World Arena adalah dalam talian di mana pemain perlu mengelak daripada laser yang memenuhi arena perlawanan dan menyerang ataupun bertahan dari pemain lain.

Ia adalah berasakan permainan Laser League yang dikeluarkan untuk konsol dan PC dan dibangunkan oleh Roll7 sebelum dipindahkan kepada 505 Games yang kemudiannya memberikan kebenaran kepada CE-Asia untuk hadir dengan Laser League: World Arena.

Sohor Kini