MonsterVerse adalah dunia di mana berlakunya Godzilla, Kong: Skull Island, Godzilla: King of the Monsters dan yang terbaru Godzilla vs. Kong. Ia juga akan mempunyai siri sampingan ayang akan disiarkan di Apple TV+.

Sempena acara Netflix Geeked, Netflix mengumumkan yang mereka akan hadir dengan siri animasi Kong: Skull IslandSkull Island. Ia akan mengisahkan mengenai sebuah kru kapal yang cuba menyelamatkan diri apabila kapal mereka karam di kepulauan di mana adalah asal-usul raksasa terkenal, termasuk Kong.

Anime ini akan dihasilkan oleh Powerhouse Animation, iaitu studio yang sama menghasilkan siri Castlevania. Siri anime ini turut akan berlaku dalam dunia yang sama dengan filem-filem dan siri TV MonsterVerse. Tiada butiran lain yang dikongsi buat masa ini.

Sohor Kini