Activision sebelum ini telah mengumumkan yang permainan seterusnya untuk Call of Duty iaitu Call of Duty Modern Warfare II akan dilancarkan pada 28 Oktober 2022. Hari ini, mereka telah berkongsi treler baharu untuknya yang anda boleh tonton di bawah.

https://www.youtube.com/watch?v=r72GP1PIZa0

Call of Duty Modern Warfare II telah disahkan akan menyertakan kempen penceritaan yang akan meneruskan penceritaan daripada Call of Duty Modern Warfare yang dikeluarkan pada tahun 2019. Pemain akan mengikuti pasukan Task Force 141 yang terdiri daripada Captain John Price, Kyle Garrick, Simon Riley, John MacTavish dan ahli baharu Alejandro Vargas.

Selain itu, ia juga akan menyertakan mod koperasi di dalam Special Ops yang memfokuskan kepada kerjasama bersama dengan pelbagai mod multi-pemain.

Activision juga telah mengumumkan yang selepas pelancaran Call of Duty Modern Warfare 2, Call of Duty Warzone juga akan memasuki era baharu dengan menyertakan pengalaman serba baharu dan akan membawa kandungan berdasarkan Modern Warfare 2.

Call of Duty: Modern Warfare 2 akan dikeluarkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, XBox Series dan PC. Sesi pra-tempahan juga kini dibuka.

Sohor Kini