Rebel Moon adalah idea asal Zack Snyder untuk Star Wars yang ditolak oleh Lucasfilm. Zack kemudian mengolah semula idea beliau, untuk siri TV asli di Netflix. Ia adalah siri aksi, pengembaraan, peperangan dan banyak lagi yang berlaku di angkasa.

Charlie Hunnam, Djimon Hounsou, Doona Bae, Ray Fisher, Sofia Boutella, Jena Malone, Staz Nair, E. Duffy, Charlotte Maggi, dan Sky Yang adalah antara pelakon dalam siri TV ini.

Terkini Netflix mengumumkan yang Zack Snyder turut memilih Anthony Hopkins sebagai pelakon dalam Rebel Moon. Siri ini akan menggunakan suara Anthony sebagai robot yang digelar Jimmy, iaitu makhluk sentien JC1435 yang hebat dan membunuh dan pernah melindungi seorang raja.

Rebel Moon juga adalah satu kisah mengenai pahlawan di antara galaksi yang cuba melindungi diri dari kejatuhan empayar di ruangan angkasa. Zack mengambil Seven Samurai oleh Akira Kurosawa sebagai inspirasi.

Sohor Kini