Jason Reitman iaitu anak kepada Ivan Reitman, meneruskan kerjaya sebagai pengarah dan penerbit untuk francais Ghostbusters. Ghostbusters: Afterlife adalah antara projek beliau bersama Gil Kenan yang mewakili Ghost Corps, Inc.
Terkini, mereka akan bekerjasama dengan Sony Pictures Animation dan Netflix untuk membangunkan siri animasi Ghostbusters. Tiada plot atau jalan cerita yang dikongsi buat masa ini, tetapi produksi akan dikendalikan oleh Netflix dan Ghost Corps, Inc.
Jika siri animasi ini berjaya dihasilkan, ia akan menjadi francais animasi ketiga Ghostbusters selepas The Real Ghostbusters (1986-1991) dan Extreme Ghostbusters (1997).