Razer hari ini telah mengumumkan yang mereka melancarkan Razer Kishi V2 iaitu generasi kedua untuk alat kawalan tersebut untuk Android, manakala untuk iOS akan kemudian tetapi masih lagi sekitar tahun ini.

Razer Kishi V2 ini membawa peningkatan kualiti dari segi pengalaman menggunakan dan juga menekan butang-butang yang ada. Razer mengatakan yang mereka mengambil teknologi yang sama terdapat di alat kawalan Wolverine V2 mereka yang dihasilkan khusus untuk konsol.

Ia juga akan menyertakan beberapa butang tambahan seperti ‘Share Button’ yang membolehkan pemain untuk menangkan tangkapan skrin dan juga merekod klip pendek sesi permainan. Selain itu, ia juga mempunyai butang pelbagai guna iaitu M1 dan M2 yang boleh ditetapkan untuk penggunaan yang berbeza termasuk juga melancarkan aplikasi Razer Nexus baharu mereka.

Razer Kishi V2 ditawarkan dengan hargam RM489 dan sudah boleh didapatkan melalui mana-mana pengedar rasmi Razer dan juga Razer.com.

Sohor Kini