Netflix ketika acara Geeked mereka telah berkongsi maklumat terbaru mengenai siri animasi berdasarkan permainan oleh CD Projekt Red, Cyberpunk 2077 iaitu Cyberpunk: Edgerunners yang pertama kali diumumkan pada tahun 2020.

Antara yang dikongsi adalah satu video acah yang anda boleh tonton di bawah.

Mereka juga berkongsi satu klip pendek yang memperlihatkan satu kumpulan sedang menyelamatkan seorang perempuan yang diculik ataupun ditangkap oleh Maelstrom iaitu salah satu geng yang terdapat di dalam Cyberpunk 2077.

Anda boleh tonton klip tersebut di bawah.

Mereka juga telah mengumumkan yang Cyberpunk: Edgerunners akan mempunyai 10 episod dan akan mula disiarkan di Netflix pada bulan September 2022. Siri ini dihasilkan oleh Studio Trigger yang terkenal dengan siri anime Kill La Kill dan Little Witch Academia.

Sohor Kini