Seperti yang dijanjikan, Warner Bros akhirnya berkongsi treler pertama untuk Black Adam selepas berkongsi klip pendek pada tahun lepas. Anda boleh tonton treler tersebut di bawah.

Treler ini antaranya memperlihatkan bagaimana Black Adam lakonan Dwayne Johnson atau juga lebih dikenali sebagai The Rock, telah dibunuh tetapi hidup semula menjadi seorang yang berkuasa. Diperlihatkan juga beberapa kuasa yang ada seperti kilat, kebal dan juga bergerak pantas.

Black Adam akan ditayangkan pada 21 Oktober 2022.

Sohor Kini