ESL Gaming telah mengumumkan yang ESL One Malaysia 2022 akan kembali dianjurkan di benua ini selepas kali terakhir adalah pada tahun 2018 yang memperlihatkan Newbee menjuarai kejohanan tersebut.

ESL One Malaysia ini akan berlangsung bermula pada 23 Ogos sehingga 28 Ogos, peringkat kumpulan akan berlangsung secara tertutup manakala peringkat kalah mati akan berlangsung di depan penonton di Arena of Stars, Resorts World Genting iaitu pada 27 dan 28 Ogos.

Kejohanan ini akan memperlihatkan 12 pasukan terbaik akan bertempur untuk merebut hadiah terkumpul $400 ribu, ia adalah kejohanan di luar daripada Dota Pro Circuit (DPC) dan boleh dikatakan sebagai persediaan untuk pasukan-pasukan Dota 2 sebelum kejohanan The International 11 yang akan dianjurkan di Singapura bulan Oktober ini.

Tiket jualan untuk ESL One Malaysia 2022 akan mula dijual pada 10 Jun ini dengan harga bermula RM69 sehingga RM399. Anda boleh layari esl-one.com/malaysia untuk maklumat lanjut.

Sohor Kini