Pada bulan Februari lepas kami sudah melaporkan yang MFL atau Malaysian Football League iaitu badan rasmi untuk liga bola sepak di Malaysia telah mengumumkan yang mereka akan hadir dengan Fantasy Football rasmi, seperti yang disediakan oleh liga-liga luar negara termasuk juga Premier League di England.

Hari ini, MFL telah mengumumkan kerjasama dengan Genius Sports untuk hadir dengan Fantasy Football secara rasmi yang digelar sebagai Liga M Fantasy.

Menariknya, Liga M Fantasy ini dibahagikan kepada dua jenis iaitu Liga M Fantasy Classic yang membolehkan pemain untuk membentuk pasukan mengikut bajet yang diberikan dan pemain boleh melakukan penukaran dari semasa ke semasa mengikut had yang ditetapkan.

Manakala satu lagi adalah Liga M Fantasy Game Day yang membolehkan pemain untuk memilih 7 pemain setiap minggu tanpa had belanjawan, oleh itu pemain boleh memilih pemain yang akan berkemungkinan besar mendapat markah tertinggi bergantung kepada prestasi dan juga lawan mereka.

Kesemua Liga M Fantasy ini boleh dimainkan secara percuma dan anda boleh lakukan pendaftaran di laman rasmi untuknya; ligamfantasy.com.

Sohor Kini