Jake Gyllenhaal akan berlakon dalam filem animasi baharu Disney, Strange World. Ia adalah filem amimasi pengembaraan sains fiksyen, di mana watak-watak dalam treler ini dilihat mengembara merentas masa dan angkasa ke satu dunia yang aneh.

Dalam dunia ini ia dilihat dipenuhi dengan pelbagai tumbuhan pelik, makhluk aneh, dan banyak lagi perkara yang tidak disangka wujud dapat kelihatan. Pengembaraan ini melibatkan keluarga Clades yang memang gemar mengembara.

Walaupun dikatakan sudah biasa mengembara, misi ke Strange World ini dilihat akan menjadi detik paling penting untuk mereka dan sudah semestinya yang paling aneh. Filem animasi ini diarahkan oleh pengarah filem Big Hero 6, Don Hall dan juga Qui Nguyen pengarah Raya and the Last Dragon.

Filem ini dikatakan akan tiba pada 23 November akan datang, cuma belum pasti sama ada adakah ia akan menjadi filem Disney+ atau eksklusif di pawagam. Sama-sama kita nantikan.

Sohor Kini