One Piece adalah antara manga yang paling panjang yang mempunyai 1015 bab setakat penulisan ini, dan ia tampaknya akan memasuki bahagian akhir bagi siri tersebut.

Ia adalah selepas akaun Twitter rasmi One Piece yang juga akaun untuk Eiichiro Oda iaitu mangaka bagi siri ini telah mengumumkan yang beliau akan berehat bersama sebulan bermula pada 27 Jun sehingga 25 Julai sebelum beliau memulakan ‘Final Saga’ ataupun penceritaan terakhir bagi siri tersebut.

Ini adalah perkara yang sama dilakukan oleh Yuki Tabata yang berehat selama 3 bulan sebelum hadir dengan bahagian terakhir bagi siri manga Black Clover.

Walaupun bahagian akhir untuk One Piece akan tiba, namun ia tidak bermaksud yang One Piece akan berakhir dalam masa terdekat, satu penceritaan ataupun satu Arc untuk One Piece boleh berlanjutan selama bertahun-tahun, oleh itu One Piece mungkin akan terus menerima bab baharu untuk beberapa tahun lagi.

Netflix hari ini juga telah berkongsi rekaan kapal-kapal yang akan digunakan di dalam siri aksi nyata One Piece yang akan disiarkan di platform penstriman tersebut.

Sohor Kini