EA telah mengumumkan yang peringkat kemuncak untuk siri kejohanan Apex Legends Global Series (ALGS) akan berlangsung sebagai acara fizikal bersama dengan penonton buat pertama kali bagi kejohanan tersebut yang memasuki tahun kedua.
Kejohanan ini akan bermula pada 7 Julai sehingga 10 Julai dan akan berlangsung di PNC Arena di Raleight, North Carolina, Amerika Syarikat. 40 pasukan akan bertempur untuk merebut hadiah terkumpul $2 juta.
40 pasukan yang akan terlibat adalah;
Kejohanan ini akan dibahagikan kepada tiga peringkat iaitu Peringkat Kumpulan, Peringkat Kalah Mati dan Peringkat Akhir. Peringkat Kumpulan berlangsung pada 7 Julai dengan 40 pasukan akan dibahagikan kepada 4 kumpulan, Peringkat Kalah Mati bermula pada 8 sehingga 9 Julai dan Peringkat Akhir pada 10 Julai.
EA juga telah mengumumkan yang pusingan kelayakan untuk ALGS telah mendapat tontonan yang memecah rekod berbanding mana-mana kejohanan esukan oleh mereka. Terdapat 539 ribu penonton secara purate untuk setiap minit dan 10.3 juta jam kandungan langsung yang ditonton sepanjang 3 hari kejohanan.