EA dan Maxis telah mengumumkan penambahan baharu untuk The Sims 4 iaitu The Sims 4 Werewolves Game Pack, melaluinya pemain kini boleh menjadikan watak mereka di dalam The Sims 4 sebagai serigala jadian.

Anda boleh tonton treler untuknya di bawah.

Pemain boleh mengubah dan menghasilkan identiti serigala jadian sendiri selain mengembara untuk meneroka dunia misteri Moonwood Mill dan lebih mengenali mengenai serigala jadiuan ini. Pemain boleh menerima untuk menjadi serigala jadian ini ataupun melawannya.

The Sims 4 Werewolves Game Pack akan tiba pada 16 Jun 2022 untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series dan PC melalui Origin dan juga Steam.

Sohor Kini