April lepas, Yup.gg bersama dengan One Esports telah mengumumkan penganjuran Good Game Asia iaitu rancangan TV Realiti yang akan melibatkan pencipta-pencipta kandungan berdasarkan permainan video dari Asia.
Terbaru, mereka telah mengumumkan senarai peserta yang akan menyertai rancangan ini dan mereka adalah seperti berikut;
Peserta-peserta ini akan dikumpulkan di Good Game Gaming House di Singapura di mana mereka akan melakukan pelbagai cabaran, berkawan ataupun lawan, mendapat pengikut dan tajaan baharu. Mereka juga akan merebut hadiah terkumpul $200 ribu.
Sezairi dan isteri Syaza Tan akan menjadi hos untuk rancangan ini dan akan disiarkan melalui Warner TV iaitu CH712 melalui Astro, serta asia.gg. One Esports juga akan berkongsi rangkuman di laman mereka dari semasa ke semasa.