Seperti yang kami kongsikan pada bulan lepas, Mobile Legends Southeast Asia Cup (MSC) 2022 akan buat pertama kalinya berlangsung di Malaysia, ketika sidang media bersama dengan Kementerian Belia dan Sukan serta Esports Integrated (ESI), Moonton telah mengumumkan yang ia akan dianjurkan di Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC).

Kejohanan ini akan mempunyai dua peringkat iaitu Peringkat Kumpulan dan Peringkat Playoff, di mana Peringkat Kumpulan akan berlangsung bermula pada 11 sehingga 12 Jun dengan Peringkat Playoff bermula pada 14 sehingga 19 Jun 2022.

Pasukan-pasukan yang akan terlibat di dalam kejohanan ini adalah Todak dan Orange Esports yang akan mewakili Malaysia, RSG PH dan Omega mewakili Filipina, Falcon mewakili Kemboja, See You Soon dan Impunity mewakili Laos, RSG SG dan EVOS SG mewakili Singapura, Onic Esports dan RRQ Hoshi mewakili Indonesia dan I Do Not Sleep sebagai wakil tunggal untuk Thailand.

Berikut adalah susuan setiap pasukan mengikut kumpulan;

Tiket untuk Peringkat Playoff sudah boleh didapatkan melalui laman Ticket2U dengan dua tahap iaitu Perak yang ditawarkan dengan harga RM25 untuk sehari, selain tiket, pemain juga boleh mendapatkan 2 kotak tikam yang mungkin mengandungi kostum.

Manakala tahap Emas ditawarkan dengan harga RM35 yang akan mendapat satu kotak tikam yang mengandungi kostum dan satu lagi kotak yang mungkin mengandungi kostum dan juga keutamaan untuk mengakses Dewan Pertandingan dan juga Jumpa & Sapa Pasukan.

Hari terakhir iaitu pada 19 Jun kedua-dua tiket ditawarkan dengan harga RM5 lebih mahal iaitu RM30 untuk Tahap Perak dan RM40 untuk tahap Emas. Tiket juga boleh di beli di pintu masuk bermula 11 Jun ini.

12 pasukan akan bertempur untuk merebut hadiah terkumpul $300,000 dan juga menjadi pasukan terbaik di Asia Tenggara. Pertandingan ini juga ditonton melalui Youtube, Facebook dan TikTok untuk Mobile Legends Malaysia.

Sohor Kini