Gamesindustry telah melaporkan yang Veronica Rogers iaitu Naib Presiden Kanan, Jualan Dan Operasi Global untuk Sony Interactive Entertainment mengatakan yang konsol PlayStation 5 telah terjual sebanyak 20 juta unit setakat ini.

Beliau juga mengatakan yang permintaan untuk konsol tersebut masih lagi lebih tinggi berbanding pengeluaran yang boleh dilakukan. Namun, beliau menegaskan yang Sony akan mempertingkatkan pengeluaran bagi tahun ini.

Seperti dilaporkan sebelum ini, mereka tidak berjaya untuk mencapai sasaran penjualan bagi tahun fiskal ini dengan penjualan 11.5 juta untuk tahun fiskal 2021, dan 4 juta lebih rendah berbanding sasaran.

Sohor Kini