Money Heist: Korea – Joint Economic Area adalah olahan semula siri TV terkenal di Netflix, Money Heist dalam iterasi Korea. Ia menggunakan konsep yang sama, di mana pasukan perompak akan merompak tempat cetakan wang di mana mata wang Korea Utara dan Korea Selatan akan digabungkan.

Pasukan perompak yang diketuai Professor ini juga terdiri daripada kedua-dua belah Korea. Dalam treler baharu, ia memperlihatkan bagaimana setiap ahli beraksi;

Jelas sekali, ia mengambil inspirasi penuh daripada musim pertama Money Heist yang asal. Professor bertemu dengan Tokyo, Berlin dipilih sebagai ketua dan ada banyak penganiayaan serta manipulasi di antara perompak dan pihak berkuasa.

Aksi yang dipersembahkan dalam treler nampak hebat dan peminat setia Money Heist mungkin akan berminat untuk lihat, bagaimana siri TV popular ini diolah ke arah versi Korea pula.

Yoo Ji-tae akan membawa watak Professor, Park Hae-soo daripada Squid Game adalah Berlin dan Jun Jong-seo daripada The Call pula akan membawakan watak Tokyo. Siri ini akan mula disiarkan di Netflix pada 24 Jun akan datang.

Sohor Kini