Ragnarok X: Next Generation iaitu permainan MMORPG percuma untuk telefon pintar akan menyambut ulang tahun pertama pelancaran mereka pada 18 Jun ini, bersempena dengannya mereka telah mengumumkan acara kolaborasi bersama dengan siri manga dan anime popular iaitu Attack on Titan.

Melalui acara ini mereka akan menyertakan mod khas iaitu War of Freedom di mana ia terbuka kepada pemain yang mempunyai Tahap Base melebihi 20. Pemain akan dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu Survey Corps dan Titan. Pemain perlu bertempur untuk mendapatkan pelbagai ganjaran menarik.

Selain itu, pemain juga berpeluang untuk mendapat barangan kosmetik berdasarkan siri tersebut antaranya adalah Levi Cleaning Face Covering dan Levi Cleaning Bandana bersama dengan Training Corps Uniform, Survey Corps Uniform, 3D Maneuver Gear dan menaiki Cart Titan dan juga memanggil Colossal Titan.

Anda boleh layari laman rasmi bagi acara ini untuk maklumat lanjut dan juga melakukan pra-pendaftaran, yang akan memberikan ganjaran tersendiri.

Tambahan pada itu, Ragnarok X: Next Generation juga akan menerima dua kelas watak babaru iaitu Monk dan Crusader. Crusader adalah kelas yang menggunakan senjata pedang dan juga membawa perisai, ia boleh ditingkatkan tahap menjadi Paladin dan Imperial Guard.

Manakala Monk adalah kelas yang mempunyai serangan jarak dekat dan juga jauh, ia boleh ditingkatkan tahap menjadi Champion dan Shura. Permainan ini juga menerima fungsi multi-kelas, di mana pemain boleh menukar kelas tanpa kehilangan Tahap Base dan Tahap Job.

Ragnarok X: Next Generation sudah dikeluarkan untuk iOS dan Android. Ia juga boleh dimainkan di PC mellaui ROX Cloud Gaming. Ia adalah permainan percuma dan menyertakan pembelian di dalam aplikasi.

Sohor Kini