PlayStation dan Insomniac Games ketika PlayStation State of Play telah mengumumkan yang Marvel’s Spider-Man Remastered akan dikeluarkan untuk PC pada bulan Ogos depan, manakala untuk Marvel’s Spider-Man Miles Morales akan tiba pada akhir tahun ini.

Bersama dengan pengumuman tersebut, mereka juga telah mengatakan yang siri permainan tersebut iaitu untuk kedua-dua permainan telah terjual sebanyak 33 juta unit secara keseluruhan setakat 15 Mei 2022.

Kali terakhir kami laporkan Marvel’s Spider-Man telah terjual sebanyak 13.2 juta unit setakat tahun 2019, manakala untuk Marvel’s Spider-Man Miles Morales terjual 6.5 juta unit setakat Julai 2021.

Sohor Kini