Wolfenstein: The New Order Ditawarkan Percuma Di Epic Games Store

Epic Games Store telah memperlihatkan permainan misteri percuma untuk tawaran mingguan mereka dan ia adalah Wolfenstein: The New Order yang ditawarkan sekarang dan boleh ditebus sehingga 9 Jun 2022 menggantikan Bioshock: The Collection.

Wolfenstein: The New Order merupakan permainan aksi menembak first-person yang dibangunkan oleh MachineGames dan diterbitkan oleh Bethesda Softworks. Ia dikeluarkan pada tahun 2014 dan boleh dikatakan sebagai permulaan baharu untuk siri Wolfenstein dengan mempunyai beberapa watak daripada permainan asal yang dikeluarkan pada tahun 2009.

Muat Turun: Wolfenstein: The New Order

Selepas tawaran ini berakhir, mereka akan gantikan pula dengan satu permainan misteri. Epic Games Store juga kini sedang menganjurkan Epic Mega Sale yang memberikan kupon 25% tanpa had.

Sohor Kini