Studio Sai iaitu studio baharu yang mempunyai pembangun dari beberapa negara dan sepenuhnya berkerja dari rumah telah berkongsi mengenai permainan sulung mereka ketika PlayStation State of Play iaitu Eternights yang akan dikeluarkan pada awal tahun 2023 untuk PlayStation 4, PlayStation 5 dan PC melalui Steam dan juga Epic Games Store.

Anda boleh tonton video pengumuman di bawah.

Eternights adalah permainan aksi pengembaraan dan juga menyertakan elemen ‘dating-sim’. Di dalam permainan ini pemain berada di dunia yang sedang mengalami pengakhiran dan perlu mengembara untuk mencari barangan.

Pemain juga perlu bertempur dengan pelbagai penjahat di dalam dungeons, dan juga berkenalan dengan lima watak yang setiapnya mempunyai penceritaan tersendiri dan akan memberikan kelebihan di dalam pertempuran.

Ia boleh dikatakan sebagai permainan yang mengambil inspirasi daripada Persona di mana pemain perlu mengurus kalendar, dan setiap dungeon juga mempunyai had masa dan perlu diselesaikan mengikut masa tersebut.

Sohor Kini