Private Division dan Roll7 ketika PlayStation State of Play hari ini telah mengumumkan permainan baharu oleh mereka iaitu Rollerdrome yang akan tiba di PlayStation 4, PlayStation 5 dan PC pada 16 Ogos 2022. Ia merupakan permainan menembak third-person berkasut lereng.

Anda boleh tonton video pengumuman di bawah.

Di dalam permainan ini pemain akan membawa watak Kara Hassan yang baru sahaja menyertai Rollerdrome iaitu pertandingan ganas di mana pemain perlu bertempur dengan senjata yang betul untuk menjadi juara.

Pada masa sama, penceritaan juga akan membongkar misteri mengenai syarikat teknologi di-sebalik kejohanan Rollerdrome ini.

Sohor Kini