Striking Distance Studio ketika PlayStation State of Play hari ini telah berkongsi treler baharu untuk permainan sulung mereka iaitu The Callisto Protocol iaitu permainan seram ketahanan hidup dan boleh dikatakan mengambil inspirasi daripada Dead Space.

Mereka juga telah mengumumkan yang ia akan dilancarkan pada 2 Disember 2022 untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series dan PC. Anda boleh tonton treler di bawah.

Striking Distance Studio merupakan studio yang ditubuhkan oleh Kratfon iaitu pembangun dan penerbit untuk PUBG, studio ini diketuai oleh Glen Schofield yang merupakan pencipta bersama untuk siri Dead Space oleh EA.

Pada awalnya, The Callisto Protocol dikatakan berlaku di dalam dunia PUBG akan tetapi Glen Schofield melalui ciapan di Twitter beliau mengatakan yang dunia permainan ini berkembang semasa pembangunan menjadi dunia tersendiri dan tidak lagi berada di dalam dunia yang sama dengan PUBG.

Sohor Kini