BlueTwelve Studio dan Annapurna Interactive akhirnya mengumumkan tarikh pelancaran untuk permainan pengembaraan Stray yang membolehkan pemain mengawal seekor kucing iaitu pada 19 Julai 2022 untuk PlayStation 4, PlayStation 5 dan PC melalui Steam.

Selain itu, mereka juga mengumumkan yang permainan ini akan ditawarkan secara percuma kepada pelanggan PlayStation Plus Extra dan juga Deluxe. Anda boleh baca lanjut mengenai langganan PS Plus baharu di pautan ini; Pakej Langganan Baharu PlayStation Plus Dilancarkan Secara Rasmi Di Malaysia – Ini Cara Langgan Dan Naik Taraf.

Anda boleh tonton treler terbaru di bawah.

Stray sebelum ini sepatutnya tiba pada awal tahun lepas akan tetapi telah beberapa kali tertunda dan akhirnya disahkan akan dikeluarkan bulan depan.

Di dalam permainan ini, pemain akan mengawal seekor kucing yang pada awalnya tercedara, pemain akan melalui pelbagai kawasan dan perlu menyelesaikan tekaria dengan menggunakan gerakan biasa seekor kucing. Pemain kemudian berjumpa dengan satu robot bernama B12.

B12 bukan sahaja akan menemani pemain, tetapi ia juga akan membantu untuk berkomunikasi dengan robot-robot lain dan juga menyimpan barangan yang dijumpai. Semasa mengembara, pemain juga akan diserang oleh pelbagai penjahat antaranya adalah Zurks iaitu robot berbentuk tikus, di dalam video diperlihatkan pemain juga akan mempunyai senjata tersendiri untuk melawan mereka.

Sohor Kini