Capcom selain memperlihatkan Resident Evil 4 Remake ketika PlayStation State of Play, mereka juga telah berkongsi treler terbaru dan juga informasi lanjut mengenai Street Fighter 6 dan anda boleh tonton treler tersebut di bawah.

Selain memperlihatkan pertempuran dengan beberapa watak, ia juga memperlihatkan mod baharu iaitu World Tour yang dikatakan mod solo yang mendalam.

Treler tersebut juga mengumumkan yang Street Fighter 6 akan dikeluarkan pada tahun depan untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox Series dan PC.

Sohor Kini