Marvel’s Spider-Man Remastered Diumumkan Untuk PC – Tiba Ogos Ini

Sony Interactive Entertainment ketika PlayStation State of Play telah mengumumkan yang permainan Marvel’s Spider-man Remastered yang sebelum ini dilancarkan untuk konsol PlayStation sahaja akan turut tiba di PC melalui Steam dan juga Epic Games Store.

Pemain tidak perlu menunggu lama kerana ia akan dilancarkan pada 12 Ogos tahun ini. Versi ini dibangunkan oleh Nixxes Software, iaitu studio yang diambil alih oleh PlayStation sebelum ini.

Marvel’s Spider-man Remastered merupakan versi Marvel’s Spider-man yang dikeluarkan khusus untuk PlayStation 5. Selain menawarkan kadar kelancaran lebih tinggi, watak utama Peter Parker juga menerima ‘pembedahan kosmetik’.

Buat masa ini, Marvel’s Spider-man Miles Morales masih tidak diumumkan untuk PC tetapi di dalam perkongsian di PlayStation Blog, Miles Morales juga sedang dibangunkan untuk PC dan akan tiba akhir tahun ini.

Anda boleh baca ulasan kami untuk versi asal Marvel’s Spider-man – Ulasan Marvel’s Spider-Man – Permainan Dunia Terbuka Adiwira Yang Baik.

Sohor Kini