Capcom hari ini ketika PlayStation State of Play telah mengumumkan yang Resident Evil 4 akan menerima sentuhan olahan semula seperti permainan Resident Evil sebelum-sebelum ini dan ia akan dilancarkan pada 24 Mac 2023 untuk PlayStation 5, Xbox Series dan PC melalui Steam.

Resident Evil 4 pertama kali dikeluarkan pada tahun 2005, mereka mengatakan yang versi Remake ini akan mengekalkan intipati permainan asal tetapi menyertakan bentuk permainan yang lebih terkini, penceritaan berbeza dan juga peningkatan kualiti grafik.

Sohor Kini